Myprincess Diaries: June 2012

:: OH ABAH !! ::



salam pgi sabtu uolss!!
dah sarapan ke belum?
sy blum lg ank2 x bngun lg..ni blh menghapdet blog ni..
huhuhuhu

hari ni abah sy ad buat operate ckit
buang selaput mata 
kt hospital kuala krai,kelantan,,,:(
sorry bnyk2 ya ma& abah along xdpt tman kamu hri ni..
hanya doa yg mngiringi moga Allah permudahkn segala urusan
dan segalanya berjln lancar
amin...
ma,,xmou tkut2
(ma sy ni gemuruh ckit)
abah xpe2 ckit jer ..ok 
 


ekceli hri ni 30.6 besday abah yg k-56
 
' HAPPY BESDAY ABAH
SEMGA ABAH CHT SELALU+DIPANJANG KN USIA
DAN CPT2 DIANGKT KE TANAH SUCI
ALONG SYG ABAH
TIMA KASIH ATAS SEGALANYA.. '



Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: KHAS UNTUK MU WAHAI SUAMI ::

NuKIlaN UtK PaRa sUAmi..

Wahai para suami, dengarlah leteran isteri kamu kerana leterannya itu adalah sesuatu yang keluar dari jiwanya ketika dia merasa kosong dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa selain cuba untuk menerangkan sesuatu kepada kamu. Bukankah isterimu itu asalnya dari kaum yang dilahirkan dengan membawa sifat kelembutan untuk mendidik anak-anakmu nanti ? dan bukankah kaum dari isterimu itu yang memberi ketenangan kepada jiwa dan penyejuk di hatimu. Mengapa mesti kau abaikan apa yang sepatutnya kau berikan kepada dirinya sekalipun melapangkan pendengaranmu untuknya?

Wahai suami, usah memandang remeh pada keluhan hatinya, walaupun pada dasarnya hati itu Cuma seketul daging yang tertanam dalam jiwanya. Dari keluhan itulah hatinya akan mudah rapuh, menangis, kecewa dan merasa binasa jika sering kali kau goreskan permukaannya. Bila hati telah ternoda maka yang seputih jernih pun akan kelam jadinya kelak. Dan ketika hal itu telah berlaku, jangan pula disalahkan dirinya tapi jawablah pada suatu persoalan yang kau bina sendiri dari setiap kali kau mengabaikan persoalan pada kelukaannya.

Wahai suami, tidakkah kau merasa bersalah dan berdosa apabila setiap kali kau membelai jemarinya yang bersedia untuk mempersiapkan apa saja tugasan sehariannya sebagai isteri untukmu lalu engkau sewenang-wenangnya membiarkan saja dia tercari-cari dan ternanti-nanti ketulusan sebenar kehadirannya dalam hidupmu ? apa sebenarnya dia untukmu ? siapa dia dihatimu ? dan apakah kehadirannya benar-benar memberi kebahagiaan kepadamu ? atau adakah dia sekadar hiasan dalam hidupmu ? atau sekadar pelengkap kepada kemahuan hatimu, impianmu dan cita-citamu ?

Ketahuilah ! bukan wang ringgit semata untuk memberi kebahagiaan, atau mempersiapkan kehebatan dirimu untuk menjadi keagungannya dimata masyarakat tetapi naluri seorang wanita adalah semata-mata mengharapkan belaian, sokongan dan perhatian untuknya. Bukankah kaum seperti kami ini sudah ditakdirkan menjadi pedampingmu, pengubat laramu, dan amanah Allah SWT kepadamu. Sesungguhnya hawa seperti kami mempunyai hati yang mudah rapuh, perasaan yang lemah dan jiwa yang lembut. Dan semestinya kami senantiasa menuntut hak kami untuk dibelai dan dimanja dari sedetik masa yang berputar. Jangan salahkan perasaan ini, sebagaimana kami kaum isteri akur bahawa kami bersedia mentaatimu dan sebagaimana kami maklum bahawa kamu wahai kaum suami yang Allah SWT ciptakan sebagai pemimpin, ketua yang menjadi pelindung dan tempat teduhan kepada kami.

Kita takkan mampu bernafas jika cinta itu telah hilang dari tempat letaknya hak si pencinta kepada tuannya. Maka peliharalah apa yang telah dihamparkan dan diriwayatkan kepadamu. Sedang kita asyik mengutip kerang ditepian pantai, lalu kita lupa bahawa mutiara yang berada digenggaman kita telah jatuh dari celahan jemari kita. Usah biarkan ini terjadi. Jagalah hati isterimu, kerana dia telah ditakdirkan untukmu.

Sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang terbesar Allah SWT beri kepada hamba-Nya. Jika cinta itu tidak dijaga dengan baik maka ia akan ditarik balik lalu diberikan kepada yang lebih berhak dan sudih untuk menghargainya. Jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita akibat kealpaan kita sendiri maka jangan salahkan sesiapa kerana semasa mula kita memilikinya, kita yakin bahawa dia adalah pilihan muktamat yang terbaik untuk kita dan jika suatu masa ia akan hilang, hilangnya kerana keegoan kita sendiri. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.





Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: ELAKKAN YEA !! ::

PERKARA HALAL YG DIBENCI ALLAH


PERCERAIAN.

Antara faktor-faktor berlakunya perceraian;

sikap tidak jujur suami atau isteri

kurang pengetahuan agama suami atau isteri

sikap tidak bertanggungjawab si suami terutamanya dalam menyediakan keperluan keluarga

susah nak terima budaya negeri suami atau isteri. (contoh Kelantan dan Johor). maaf, kalau ini menyinggung mana-mana pihak, tapi ada beberapa teman yang berasal dari kelantan turut berpendapat bahawa kebanyakan keluarga dikelantan tidak setuju kalau anaknya (biasanya lelaki), berkahwin dengan perempuan dari negeri lain.

masalah ahli keluarga si suami atau si isteri yang tidak menyukai anda. sebab tu orang cakap kita nak kahwin bukan dengan dia je tapi seluruh ahli keluarganya.

masalah dengan ibu atau bapa mertua. biasanya bapa mertua jarang buat hal. ketidasefahaman biasanya berlaku antara menantu perempuan dan ibu mertua. biasalah perempuan. cerewet.

minat yang tak sama dan tidak sehaluan pendapat diantara pasangan suami isteri. ini bukan faktor yang tinggi yang menyebabkan perceraian tapi mungkin boleh membawa kepada siri-siri pergaduhan.

pengaruh Social networking juga tak boleh dipandang remeh tau. seperti contoh Facebook tu. boleh mengakibatkan kecurangan si suami atau si isteri.

perkahwinan jarak jauh (PJJ) yang juga boleh menyebabkan pasangan curang.

sikap suami atau isteri yang panas baran/cemburu buta/cerewet kelas atasan/tidak menjaga penampilan dan sebagainya.

tidak punyai zuriat dalam tempoh perkahwinan yang lama.


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: ANAK SOLEHAH..::

MAK, KENAPA MAK SEDIH ?

Pada satu petang...aku lihat mak sedang termenung jauh...tiba-tiba mak berkata...

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat pada kamu?

Anak : Sebab saya anak mak kan?

Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu wahai anak..

Anak : Apa tu mak?

Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..

Anak : Mak! Janganlah...

Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..

Tiba-tiba air mata pun mengalir membasahi pipi emak...



Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: istimewa seorang wanita ::


Jawabnya : Kerana wanita itu unik..Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.. ♥

..AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.. ♥

..AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.. ♥

..AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.. ♥

..AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.. ♥

..AKU berikan dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun.. ♥

..AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. ♥

..Wanita mahluk kuat..tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.. ♥


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: KK HOME DECO ::


  
salam olsss :))
 tngk tuu ^^^
sale lg huhuhu
jom kita ramai serbu kk home ni..:))
sy ngn somi ni suka sngt ala~inggeris ni..
bunga-bungaan gtu!!!
wahhhh suka...
sy dah jdi ahli kk home deco ni promote ckit,,hihihi
dngan pembelian rm300 k atas..automatik di daftarkn ahli..
bnyk kelebihan jdi ahli ni..dari rm 299 blh dapat rm269
harga set dinner la tu cnthnya..
n biasa nya klu tuk set ni jrng kk ni buat lelong..:(
kata sales girl kk hri tu..klu jdi ahli klu xder lelongan pun
dpt less,,,:)

ni cnth set dinner...=D
  
emm ni penghargaan dari hubby la ni,,
xder niat nak mnunjuk2 bkn nye mhl pun
sekadar berkongsi maklumat dan kegembiraan bersama-sama..
semua sy anggap hadiah dari hubby sy kn?..nape tidak nya dah x keje
semua  hubby beli..hadiah la tuuuuu!!!!
jngn marah..:P


 nilah serba sedikit koleksi vantage yg xseberapa ni..:P ^_^
 sy bersyukur sngt hubby fhm mnt kita dan lg suka dia pun turut mnat..
klu gtu abang,,, kita g kk home deco klang yea hari sabtu ni,,,hihihihihi...(pujian ad maksud!!)

ni lak set jug air btu ngn 6 biji gelas
xmhl sngt klu harga biasa  dlm rm70 lbh la lupa la
klu ahli dpt la dlm rm 60 lbh..

jom ramai k kk home deco ni..
::^_^::

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: WORDLESS WEDNESDAY 27.62012 ::


 
 
WORDLESS WEDNESDAY YG PERTAMA!!!
 
 
 mmg selalu ingt hari ini(rabu) my hubby pakai baju koparat...hikhik
selamat hari rabu,,,,:P

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: MENU T/HARI..::



 
slm olsss!!
dah mkn ke belum??
klu yg dok mkn tu slmt menjamu selera~~
makan pe???
hari ni sy pakat2 ngn hubby  nk mkn bihun sup..:P
xnk mkn nasik..0_0
 nilah rupa bihun sup tu...sruuupppp>>>>
 


 nyumm..nyummm..sodap..:)
klu nk cuba blh la sy campak jer @_@

:: >bahan-bahan < ::
ayam dlm 5oog
udang(suka hati)
bawang putih
sup bunjut
2 inci kulit kayu manis(+buah pelaga+bunga cengkih)
sng2 bli sup unjut yg dah siap semua tu
meatball
isi ketam
sy letak sayur
bunga kobis+carrot+brokoli+sedikit sawi+tomato
limau nipis
bwng goreng
daun sup+daun bawang(hiris kecil2)
garam
perasa
sambalkicap:bwng merah,cili padi n kicap..(tumbuk)
 
:: >cara~cara <:: 
 
tumiskan bwng putih,masukkn bhn kulit kayu manis sup bunjut
hingga naik bau..pastu masukkan ayam,,biarkn seketika baru lah tmbh air.
biarkan sup tu..apabila sup hmpir masak bolehla masukkn sayur tu,,garam secukup rasa
** rebusk udang hinnga kmerahan..amek udang tu..air rebusan udang tu masukkan 
k dlm sup tadi.rebus lak meatball n isi ketam tu..angkt air dia buang jer (hikhik)
pastu blh la rebus bihun sekejap..angkt dan toskan..
bila sup dah masak..:)
amek mangkuk+bihun+letak sup+tambah udang+meatball+isiketam
+bwng goreng+daun sup+sambal kicap..:))) rupanya cm di atas gitu~gitu..
 blh la cuba yea!!!
 
@___@ panas2 gini sodap laksss klu ad bnda ni....








kan??
koktel~~
dah layan habisss bihun sup panas2 tu jom kita sejukkn ngn koktel buah-buahan ni
masak 1tin susu cair+2 gula+1 sudu tepung kastad
sejukkan sekejap!!
pastu masukkn buahn koktel+jelli..
nyummm,,,nyummmm,,,,:P

blh tahan jgk:)
 
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

;; PANTAI GENTING TUMPAT ;;




 
wat per tu..??
dah mkn t/hari ke?
aku jap lg la..
smlm aku story pasal pantai sri tujuh kan
dekat2 pantai sri tujuh tu ad pantai genting..
hah kt cni la 'festival wau' antarabangsa di adakan  
hri tu 5.6/62012 di adakan d pantai ni..
meriah tngk hri pndaftaran tu..
weols x smpt g  5/6 tu..sbb ad projek lain lak..hihi ^^
satu lg kt cni klu ptng2 ramai sngt bdk2 main wau..
hri tu aku bawa myprincess main wau ler ~~
 


 tngk tu abi asssyikkk naik kn wau tu!!!!
blh ke?@orng dah naikkn tlng pegang tali jer?????:P
 



hah!!! nilah suasana ptg hari kt pantai ni..
ramai kn org main wau kn?kn?
klu yg xder wau tu blh la bli kt ctu
yg kecik rm5 ,besar ckit rm7..
mcm ader2..angrybird+doraemon+ultraman..
princess??
huhuhu xjumpa lg...
 


 
nilah wau kakak ...>______<
tinggi di awan....hihihi:) suka-suki..
 



huhuhu...
" umi tngk wau kakak kata nya "
suka tngk wau dia tinggi kt atas nun..
sampaikn xgerak lngsung tkut wau jth,,
gudgirl la kamu...
**abi nnti kita dtng lg ekkk???**
 nk tngk wau ptng2 blh la ke sini,,
klu berkesempatan k cni...:P

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: pantai sri tujuh Tumpat..::


 
wat per tu???
curik masa jap..smntara tayam-tayam hubby ku blk...
nk cita ckit pasal pantai kt ngeri weols,,,
cti sek bru ni la kami pergi..
lama dah kn???
hihihi:p
 dulu pantai ni popular sngt..skrng??
ntahlah..
skrng ni pakej bru kt cni..
perkhidamatan sewa bot..
rm5 tuk 20 mnit,,bot kayuh,,(orng pnggil apa ek??)
aku pnggil bot kayuh jer,,(hahahahahahahaha)
 
 
nilah pic yg xseberapa..smpt weols snap..
bukn rezeki kami hri tu..sampai2 jer angin kuat...:(
so owner x bgi lah naik bahaya..
weols pusing2 sambil tu mnikmati seafood goreng2 tu...sodaaappp!!
sotong grng tepung+ikan tepung+udang..nyumm,,nyummm...
pusing blk angin dah ok..
emm tngok jam dah 620 pm..
20mnt dkt2 kul 7 nk maghrib dah..;(
xder rezeki kamila hri tu....
cuti lain kali la kita pegi ya kakak!!!
 ***so sape2 berkesempatan k sini blh la test "bot kayuh" tu
hahaahha >____<

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: kek coklat kukus ::




 
wat per ptng2 ni...klu buat kek ni tuk minum ptng pun k gak ni....:P
emm semalam aku buatkan kek coklat kukus
untuk ank member ak sempena besday dia..
resepi ni lama dah duk ngn aku..
aku bljr ngn kwn kt kg..salin pun kt kulit buku..hikhik
 


 nilah resepi tu..dulu ingt dah lama xbuat kena buka kitab balik la..^_^
emm nmpknya kek  sempoi ni mndapat sambutan...yuhuuu

kebaboooooommmmm!!!!!



 inilah rupa kek aku yg x seberapa tu...
coklat bebudak suka la...
ni aku kongsi resepi nya klu sama xtau ler..aku bljr dri mmber ni myb tersama...sorry//

 :: bahan-bahan ::~
2 cwn tpung gandum
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
11/2 cwn gula
secubit garam
3 biji telur
1 tin susu cair
6 sudu besar susu pekat...>,<

 <<<:: cara-cara ::>>>
A-masuk gula+minyak masak+susu cair+susu pekat ke dalam kuali
(gaul dulu baru pasang api/// api kena perlahan,,,)
kemudian sejukkan
pukul telur~~
masukkan bahan A ke dalam adunan telur tadi
masukkan tepung+serbuk koko+soda+serbuk penaik tadi
 (ayak bersama dulu)
gaul rata..:P
kukus selama 1jam15 mnit++

<<:: topping ::>>
ni cara mudah aku buat..entah sape ajar aku pun xtau
1.serbuk koko+milo+susu pekat 
panaskan atas api hinnga cair
klu agak2 pekat sngt tmbh air ckit jer..
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: akhirnya...*____________* ::


 
slmt mlm..:P
wt per tu,,rehat2 la tuuu.. seharian berjln2 
***aku ler tu,,hikhikhik
aku dlm mud :: gembira++seronok++bahagia..
tau nape??
emm apa yg aku hajati dah dpt..allhamdulilah
smlm aku ad cerita aku suka bju kt on9 tu kn..
hehehehe hri ni dah  dpt,,,>_______<
ni dia..
 
 
 lbh kurang la tu..aku bli ni kt pasar pg d stadium s.alam
penat berjln seawl pg lg tkt my princess panas lak..
w/pn penat tp berbaloi~baloi..
thnks hubby :)
smlm aku tunjuk dia bju tu kata aku suka..
ok esk kita g s.alam..(setiap ahad)
pusing2 jmpa la satu tmpt ni jer..
dngn harga yg murah..sama jenama carter+gymboree
ini tuk kakak dan ini

 
tuk my bby..
(kamu ttp bby sayammmm)
kau orng tau nape aku suka bju ni..
ni gara2adik mia sara pakai la ni
masa berlakon ngn fizo omar kul 7 tu..(akulupadaaa..@_@ )
x kisah la ko orng nk kata pe..
yg pnting hti ku..

berbunga~~bunga**

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: apa pendapat korang?? ::


slm hjng mnggu uolss!!~:P
korang penah beli x brng2 kt internet?
emm ak x berapa yakin sngt la tp aku suka...
 member aku tu ceritera cinta  bli brng on9 tu dah dapat
tu yg mmbuat ak lg teruja...
ekceli brng ni aku pernh jmpa
cuma beza hrga tu murah on9 lg..
betul la kata kwn aku tu...
aku suka sngt ni.........:)
 
 
  klu kt gm klang harga nya rm50 on9 rm42..
satu tmpt tu sampai rm60..
klu 2 psng dah untung rm8 tu..
hubby aku srh try jgk sepasang dulu..
emm nnti lah aku fikir-fikirkn.. :=D

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: BUKETA @ SIAM ::


slm hujng mngu olsss!!!
dah sarapan k?
aku??
usah d tnya klu hri mnggu ni mmg pnyakit cik "m" la dtng bertamu..
hihihi  >,< coz nyer hubby aku bg cti hri mnggu ni suka hti b la nk wak per..
nk msk pn xper..xmsk abg beli..(000 sukahatilakamu yea!! ckpmannti) 
xdelah klu hubby dah ckp gtu,,allhamdulilah..klu dia xtlng pun xpe
dia dah bgi rest&jln2,,,:)
STOP!!
dah lbih ni,,ni bkn citer asal nii,,,,hishh,hishhh,,,

emm,,ekceli cti bru ni ak ad g luar negara..haahah
ma aku sponsor...:)
nak tau kt mana?
kt cni..
kt siam @buketa...
luar negara jgk kn?..(^_*)
sebenarnya nk g kt cni kna naik bot ni..tu la pic kita orng masa nk pegi tu
kita orng ni masuk secara "haram" di sisi undang2 bkn di sisi agama..
tp masa kita nk masuk k sini kena report kt askar malaysia..kira askar smpadan la
 x haram la tu kn..kerajaan thu pe..
apa yg mmbuat kita orng teruja sngt k cni coz brngan nyer mrh sngt..
 brbnding  dkt bukit bunga @rantau panjang
klu sat brng tu untung 5 ringgit,,klu 10 brng..blh bli lg...
aku berani k cni ni,,sbb ma aku dah biasa pegi..orng dah knl
 
hah ni lah rupa kt siam tu!!!
blh rabun mata klu g cni..tudung nyer murah2..bnyk pilihan
kbetulan aku g hari pasar tani nya lg la ramai orng2 jual
(sabtu n selasa)
kuakiti nya sama jgk la coz tdng2 kt cni lbh2 lg k klntanis ni asal dari sana~~
hihihihi x mnarik kn pic ni..bkn pe tkut2 nk amek gmbr..malu pun ada...
beli jngn x beli..ma bayar ~~thanks ma~~~
ini pun ma blnja,,,,>>>>


 
tau x per ni??
hahahah ni lah beras siam cap pisang 25 kg..
mmg ma aku akn bgi beras ni klu blik kg.25kg tu cukup tuk kitaorng blk kg next..
jdi spnjg kawen ni berapa kali bru aku beli beras..dapat subsidi dari ma...allhamdulilah..
ma kata rezeki ma,,rezeki ank2 jgk...
bln ni brg dapur siap ma belikn dari sebesar2 brg smpai lah skecil2 brng...
***thun ni dah bertmbh subsidi beras ma aku..tuk my bro jgk
tulah kasih ibu ni sampai ke mati..w/p ank2 dah kawen
n beranak pinak kasih syg depa ttp cm dulu...
ma aku mmg jnis x berkira ngn ank2..
pling ak teringt sampai skrng ni waktu aku  nk bersalin my first bby
aku kna thn wad 3 hari coz overdue..
ma&abah+adik aku berkampung kt hospital selama aku berada dlm wad
sekejap pun x tingglkn aku..
walhal xblh masuk pun coz x bersalin lg..just tnggu dlm keta jer..
masa tu bln puasa lg..sahur+brbuka+terawih semua kt hospital...
sampailah aku selamat mlhirkn ank ma aku mnngis terlalu gembira aku selamat bersalin...
terlebih sudahh...aku xdpt thn air mata aku bila terkng blik pngrbanan ma aku ni..
abah aku jgk...:P
mngkin ma aku xnk aku rasa sedih sbb hubby aku xder d sisiku masa aku sakit..
hubby aku x dpt pelepasan dari maktab nyer,,masa tu hubby smbung bljr,,

**hubby aku selalu berpesan pada aku..'dngn ank kita pun b buat mcm ma tu'
bgi ma aku mnntu pun anak dia jgk..**

 
terima kasih atas segalanya....

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Kucing Bertelinga Empat Ditemui - Islam Itu Suci

Kucing Bertelinga Empat Ditemui - Islam Itu Suci



Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Hyper Act-Harapan-Ost Seindah Sakura with lyrics






Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: hepiii,,hepiii ::



slm uolssss ^^
 
sekejap masa berlalu kn hari ni dah jumaat dah
emm x lama lg kita akn bertemu bln istimewa kn?dah sthn berpisah..
moga ALLAH pnjgkn umur tuk bertemu mu..oh "ramadhan" :P
tetiba teringt lak ma kt kg??huhuhu
msti skang ni tngh mkn nasik berlauk..(bestnyer)

 
emm nilah mylittlefamily :)
4 beradik jer..2p,2L..
tima kasih x terhingga buat atuk&nenek suka mlyn cucunda ni..
blh rehat aku blk kg,,atuk rajin mlyn...hihihihi
coming soon sorang lari cucu akn lahir 
my bro bkl terima cahaya mata...
bertmbh ahli keluarga..amin
 

nilah adikberadik aku..>,<
paling aku rinduuuu....:)
sup kaki lembu@ sup gearbox ma ak masak..suka sngt..
mknn ni antara peberet family ak,klu kumpul ramai2
ma ak akn msk ni la..
sodaapp sngt.!!!
sorang satu mngkuk ikut selera nk tmbh pe2 nk pedas+masam+daun sup
eeiiii rasa nk blik srh ma buat skang jgk!!
 
##mood= merapu2 entahpe-pehrini...
ekceli aku rindu ma aku...uwaaaa..:(
 
** semoga ALLAH melindungi ma&abah aku
cht selalu dan d permudahkn segala urusan mereka...
luv u ma&abah..** 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: cek mek molek ::


salam cayunk semua!!!
dah minum ptg lum??
aku ??... dah hihihi :)
nk tau weols mkn pe,,ptng ni aku buat kuih yg mula2 aku bljr buat kuih..
jeng,,jeng,,kuuuiiiihhhhh
"cek mek molek"
pernah dngr x? ekceli kuih ni berasal dri klntn nun..nun..
jom tngk cmne buat nyer..>,<
 
 knl x ni??
ni ubi keledek yg siap rebus n buang kulitnyer..
sng jer..ubi keledek + gandum + bancuhan air garam + gula + mnyk tuk mnggreng 

 
step 2 korang lenyek2 kn ubi tu smpai hancur n pastu uli
ngn gandum..masukkan air garam..uli2 sampai sebati dan x melekat kt tngn..
 

 tngk step 3 tu bntuk pun x sama size..hihihi
ok yg besar tu untuk abi yg kecik tu my princess punyer
huhuhuhu
 
taaraa..dah siap dah cek mek molek ku..:P
jngn mkn lg tau gula kt dlm tu panas
nnti melecur lidah tu...:))
### mkn lah bersama air teh panas!!
meletoopp!!
cuba yea jngn x cuba...>,<

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Anak Lembu Mirip Manusia Bermata Satu Dilahirkan | Islam Itu Suci

Anak Lembu Mirip Manusia Bermata Satu Dilahirkan | Islam Itu Suci




Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: IKAN BELANAK MASAK LEMAK ::


slm cayunk uolsss!!!
masak pe lunch tadi..>,<
menu utama ak yg ni lah..
aku belajar dari my neibor (puan siti ruzilah )
terima kasih jgk perkenalkn ikan 'belanak ' tuk aku,,
sblm ni aku xthu pn nama ikan tu?cara masak nyer..
apa yg pnting my princess+hubby aku suka bangat!!!
 
ikan belanak.. 



ni lak bahan-bahan untk masak resepi ni..
 
~ 2 ulas bwng putih
~ 4 ulas bwng merah
2 inci kunyit hidup
~ cili padi (aku x letak my princess nk mkn)
~ 1/2 inci halia
~ 2 btng serai
~1 helai daun kunyit
~ garam +gula scukup rasa..
~ santan(xde pic sntan beku,,xlawa)
*** sblm tu ikan tu di lumur dngn garam dan kunyit debu biarkn sekejap
tumbuk bhn di atas kecuali daun kunyit di hiris kecil+serai di titik..
mskkn santan+bhn yg di tumbuk+serai apabila mendidih masukkn ikan
last sekali masukkn daun kunyit
*rasa dulu bru tmbh garam sbb ikan kite dah letak garam :P
tkut masin laksss!!
 

ta raa..sorry pic x terang nk cepat :P
jadik x cik ila??

*pepatah ad mngatakan x knl maka x cinta ~~
dah knl bru thu sodap ko idok  >,<
so,,aku dah jtuh cinta la ni ??

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

http://cdn.everydayonsales.com/wp-content/uploads/2012/06/poney-clearance-sale-2012-shopping-branded-everyday-on-sales.jpg



Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Ular Berkaki Empat Ditemui Di Malaysia | Islam Itu Suci


 
 Kalau sebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China, kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malaysia. Ular pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut. Di bawah merupakan gambar ular pelikberkaki empat yang telah ditangkap tersebut.
 

 
 


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

..emmm :(..


 

Rita Rudaini Terkejut Suami Tidak Muncul Di Mahkamah

SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila Aidil Zafuan Abd. Radzak tidak hadir ke mahkamah rendah syariah di sini, Isnin bagi sebutan kes nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukakan suaminya itu.

Rita yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah pada 3 Jun lalu berkata, dia mendapat kekuatan untuk naik turun mahkamah apabila kes sering tertangguh kerana yakin Allah memberi kekuatan kepadanya dan keluarga


"Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Dan tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah yang sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga," katanya.

Tambah pelakon itu, dia juga hairan kenapa Aidil tidak muncul di mahkamah pada Isnin tanpa sebarang alasan.

Terdahulu Mahkamah dimaklumkan oleh Peguam Syarie plaintif (Aidil), Ahmad Nazib Johari, memohon untuk menangguhkan kes pada pukul 12 tengah hari Isnin.

Bagaimanapun Peguam Syarie defendan, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain, tidak menerima sebarang surat memaklumkan penangguhan tersebut dan seterusnya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan nusyuz yang dituntut Aidil.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menetapkan 9 Julai depan bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan bantahan berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata dirinya lebih tenang selepas mengerjakan umrah bersama 30 orang ahli keluarganya yang lain, termasuklah anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4.

"Ini pertama kali saya membawa anak sama-sama mengerjakan umrah dan Alhamdulillah fikiran saya sangat tenang dan tidak memikirkan langsung tentang masalah ini (kes cerai).

"Malah, ketika hadir untuk sebutan kes hari ini, saya sangat tenang, tidak seperti sebelum ini. Saya berdoa supaya diri ini lebih kuat untuk mengharungi segala dugaan hidup agar dapat bahagia di samping anak-anak," ujarnya.

Pada 16 Mei lalu, Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Nuffnang Ads


Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: AIR TERJUN ::


slm olzzz!! *_* wat per tu?? emm :) cantik x view kt atas tuuu!!! cantik kn? klu nk thu nilah "air terjun lata janggut" dekat umah aku..beberapa meter jer dri umah aku..hihihi// seingt aku  tmpt ni pernah msuk rancangan  ' warung kita siaran astro 4.. ' yg hos dio farouk hussien tu..ingt x?
ekceli,,,ak dah lamo bebenor x gi sni,,sejak ad ank kecik ni tkut ckit nk k tmpt gni..tkut ank nangis..
cuti skol bru ni ak n family berkesempatan lah 'picnic vs mndi2 kt cni' sonok my princess tu mndi~ sampai biru,,xmo naik lg.nasib x dmm..xpelah biar dia lasak2 ckit n biar dia thu mak dia asal dari kg..xyah nk eksyen2 w/p dok kl..:P


tngk tu!! suka sngt ad lak yg melayan lgi la~~si adik ni takut x biasa kot..nk dokong jer..:(
weols bbq ckit2,,mmg selera mkn tmpt on air gni..mndi2 lapar,,naik mkn,,mndi blik,,,hihihi

 
ssyyyy!! weols dok mkn2 tu...sonok nyer nenek +ngn pok menakang aku mkn..nyum,,nyumm:P
tngk ler..ad daging bakar+ayam bakar+hotdog..(______) 
klu korang berkesempatan blh la ke tempt ni lbih kuramg 7 km dari pekan batu melintang @ pusat serenti jeli~
tmpt masih kekal keindahan semula jadinya...klu ad ank2 kecik ad tmpt berpasir sesuai tuk knk2...>,<







Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~KISAH ISRA'-MI'RAJ~


 
 
  Isra' Mikraj Rasulullah SAW
"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui." - Al Isra'

Berdasarkan banyak hadis - hadis mengenai peristiwa Isra' Mi'raj, para ulama meringkaskan peristiwa Isra' Mi'raj sebagai berikut;

RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra' "
Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsa):Sepanjang perjalanan (Isra') itu Rasulullah saw. diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw. menghadapi gangguan jin 'Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw. diberitahu oleh Jibril a.s : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mi'raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.
Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.

Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mi'raj:Rasulullah saw. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa Isra'-Mi'raj yang amat ajaib itu
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a'lam.

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: REZEKI ::


 
suke,,suke  ~~
ape tak nya???? >,<


 ni lah hadiah ulangtahun pertama ku..<>
masa tu glamour jnis ni la,,mula2 keluar express muzik..hihihi
tp itu 3 thun lps..skrng??
2 mnggu lps yunk~yunk aku ni majuk..xleh on lngsung
caj x leh,,xtau ape prob nyer..:(
aku biarkn jer ak lost cntact selama 3 mnggu
klu saper cari aku 3 weeks lps mmg x blh...
ini kali k-2 dia buat hal..
so,,dlm hati timbul lah kang,,kang,,aku bli hp baru kn?kn?


cm dngr jek suara hati aku~~
hubby aku bli hp bru tuk aku...
~rezeki <>rezeki..~
allhamdulilah..
nk yg cnggih2 keja lah sndiri..hihihi
ni u dah cukup :P
nk jdikn cerita nk trek-in la hp lama aku..
ad ke nk amek 60 hinggit,,,huhuhuh
biarlah ak simpan jer
nk jdi kn cerita lg..
mcm mana ntah orng kedai tu buat hp lama aku
elok sampai k hari ni..
so,,ak ttp guna hp lama ak kesayangan ku...
nk cnggih-manggih..tp susah ler <>
emmm rugi jer bli hp bru~~
tp tulah rezeki namenyer,,(^_^)

**nota kaki>> ingatan tuk semua yg buruk x semesti nya xelok
dan yg bru xsemestinyer elok...
bukan nk mnunjuk2 setakat hp samsung mini galaxy apalah sngt
lainlah hp beribu tu,,,,:P


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute