Myprincess Diaries: May 2012

sampai sudah:)


 
yahoo...i skrng kt bumi kelahiran ku...
negeri cik siti wan kembang!!!
dok plan2 ni nk g jln2 mana ni?tp
skrng ni msim hujan ptng hjn so,plan msti baik pnyer
hikhik..
nnti i story2 kt korang pasal ngeri tercinta hamba ni yea!!!


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~amal~~amalkn yea!!:=)


 
♥ .•*''''*•. ♥BUAT ISTERI & IBU♥ .•*''''*•. ♥

Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang...
♥ Sebaiknya berada dalam wudhu.
♥ Mulakanlah dengan memuji AllahSWT
♥ Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih.
♥ Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan mengacau masakan.
♥ Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah
♥ Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir
♥ Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh juga mewiridkan"Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200, keduanya ini dapat melembutkan hati ahli keluarga.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai para ibu,
Usahlah jemu menyediakan hidangan makanan dengan air tanganmu sendiri kerana kesungguhanmu itu pasti dinilai AllahSWT dan doa ibu buat anak2nya InsyaAllah akan dikabulkan. Ambillah kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan kebaikan buat suami dan anak-anak tersayang.INSYAALLAH...
dari:suami mithali,isteri sejati,keluarga harmoni,,,

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~i luv coklat~<>



jumpa lg olzz......eii rasa x snggup nk tnggal kamu my diaries nk blk kg ni,,kt kg ni msti busy kn?dlm kepala ni mcm dah plan nk mnghabiskn duit?(xbaik betuiii la)mak ak pun sama cbuk dok buat plan nk g ctu,cni,ak x blik lg dia dah siap planning nk g mana?hubby ak lak sng d ajak terus on jer lg la mnjadik mak ngn ank ni..hihihihi :) sayang kamu bergunung-gunung suamiku... sobanarnya bkn ini ak nk citer,,tu iklan jek,,semntara ak masukkn iklan nuffnang dlm blog ak ni,,blum get ready lg nuffnang,,niat dah ad,


hah!!! ini cerita nyaaaa,,,,,,

~COKLAT OH COKLAT!!!~~ ni mmg kegemaran ak..blh hilangkn stress,,keenakan nya membuai perasaan n naluri ku..eceh,,eceehh,,,,ni satu lg impian ku,yg ni mmg nekad dlm hati nk buat lps school holiday ni,ak dah tau mana nk dapat coklat ni,,cmner nk buat,,ak dah tau..yahoooo!!!tq to blog mummy humaira(my sweet story) yg sudi merealisasikan impian ku...hanya allah mmpu mmbalas jasa korang semua..

ni resepi nya

Resepi Coklat Homemade Bahan-Bahan
1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda – kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.
Nota tambahan :
Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.
Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade
Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut :
1) Coklat mould. Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
2) Piping untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.
Resepi Coklat Homemade Cara-Caranya
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Kini, coklat homemade anda telah siap !
Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.
Resepi coklat..sedap,cepat,mudah…

step nyer

untuk buat coklat ni rupa~rupanya kita kena guna coklat compound  coklat ni di jual kt kedai2 kek..ak selalu k bangi so apalagi boleh bli kt sana,,


untuk cairkan coklat ni kena guna kaedah double boiler~~


klu nk letak inti nya~~



masukkan dalam acuan mngikut citarasa **

masukkan intinya...



ta..raaa dah siap,,,mesti sodap kn?? aku mesti cuba!!!chayokk!chayokk!!




Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

apam.. polkadot ....





hello...acehh cm omputeh laks!!say hello gtu??hihihi bau budu la...emm selain dari dok ngadap lappy ni,,ak ad lg 2 hobi lg..1 tu terpaksa di lupakan :=( huhuhu keluar air mata merah) setelah married ni..apa yea??apalgi "novel la"dulu ak lah pnggemar no 1 novel ni,, kt kg la,,ak ada lbh kurang 100 buah buku alaf baru(nnti ak blik kg ni ak snap pic ek) tersimpan rapi kt umah mak ak..d jaga oleh mak ak..thanks ma,,kekadang ad jiran dtng nk mmnjam tu siap tulis tajuk apa diorng pinjam takut terlupa,,kelakar ma ak ni,,jdi ahli perpustakaan pun blh,,:P
nasib baik la buku2 tu kt umah kg,,klu kt cni hbis di kerjakan my princess nnti,,,sayang tuu!!!

ehh merapu lbh2 lak,,hobi no 2 lak jeng,,jeng,,,,,,,,,,,----- m.a.s.a.k.. hihihi..semua orng leh masak kn?ak ni jenis rajin kt dapur a'aaa jngn slh sngka"mak aku kata"..yelah ak ingt lg masakan pertama ak tnpa bntuan ma ak,,masa tu darjah 4 kecik lg ak masak kari terung,,,fuyooo abah ak puji melangit,,( tu bru 10 thn cu cuba suh bdk skrng ni,,hampehhh!!!) lpas tu ma ak belikan ak mixer,oven,alatan buat kuih,ad smpai skrg ni,,ak nk blik amek la ni thn ni ingt nk buat kuih raya sndiri...=) harap mngharap sngt mud rajin dan keinginan ni sampai raya ni...
so,,,setelah berkahwin ni lg la kena masak,,setakat ni ak blh masak order hubby uk dan hubby  berpuas hti  dngn masakan ku..nasi kerabu,nasi dagang,kari kepala ikan,masakan seafood,kek,puding,western,,,blh la,,nnti klu ak masak masakan cik siti wan kembang ni ak kongsi ngn korang ek??

apa yea???




jngn salah sngka yea!!!ni...bkn ak yg buat..pic ni ak amek kt gugel jek..ni lah resepi yg sngt teringin ak nk buat..dah lama sngt nk buat..hrp dah jmpa resepi ni leh buat kn...ak amek dari blog cik tom.com,,hanya allah yg mmpu mmbalas kerana sudi beri tunjuk ajar,,,


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
**dengan tunjuk ajar dari cik tom ni,,hrp2 raya ni ad lah apam polkadot ni atas meja umahku,,sblum tu ak nk test dulu..when???($+$) wait n see...=)

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~ingatan bersama~=(^_^)



hai!!haii! i letak post ni..supaya i blh selalu baca..ni kn diaries i..time i boring2 leh baca,,klu korng nk copy ltk dlm diary korang pun xper,,,i amek ni dari fb(suami mithak,isteri sejati,keluarga harmoni)

1.Jgn terlalu mengongkong suami.
2.Beri perhatian pada suami walau anda sibuk.
3.Jgn sesekali abai makan, minum dan pakaian suami.
4.Sekali sekala, izinkan suami keluar dgn kawan2nya.
5.Trust your hubby...
6.Jgn kedekut memuji suami.
7.Kalau nampak suami keletihan tu atau strees tu, urutlah dia dgn rela tnpa menunggu disuruh..even sebelum dia penat pun..huhuh
8.sentiasa hadiahkan suami senyuman paling menawan sepanjang masa.. cuba jugak utk senyum even time anda marah..
9.Jagalah penampilan anda didepan suami.
10.Sentiasa beritahu suami, dia adalah lelaki terhebat..
11.Jgn melarang suami buat aktiviti yg dia suka selagi tak memudaratkan family.
12.Elakkan menjadi pegawai penyiasat yg always nak tahu ape yg suami buat, mana dia pergi etc..berikan sedikit ruang buat dia.
13.Selalu ucapkan terima kasih pada suami dgn penuh manja..
14.Beritahu suami betapa anda syg dan cintakan dia.. jgn lah hangat masa sebelum kahwin jek..
15.Mohon doa dari Allah agar suami anda sentiasa dalam keadaan baik.


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

# kesayanganku #


 
wat per tuuu!!!hri ni cm xder keje..(sebenarnya berlmbak2) 
duk ngadap belog ku ni..bru jtuh cinta lah katakan (^+^)
jngn mrh yea suamiku,,,sebenarnyer mud dah blik kg,,jasad jek kt cni..uwaa,,uwaa
ni hah!!dua puteri ksyangn ku..nk story ckit ak amek gmbr ni msa umur diorg 1thn lbh2 ckit
kakak skrng dah 2thn 9bln
bju yg sama kn??
sama tak ghupa dorang
rasa~nyer x sama kan?
si adik tu lbih tembam dri kakak nyer..
anak2ku~~esok2 korang tngok gambar ni msti tercuit hti korang kn?
rajin jgk umi ak muda2 dulu mengedit gmbr yea!!
dah tu tugas umi jga korang ngn jaga abi korang jerr
m@s@ rehat nyer lbih dari m@s@ keje
jangan jelesss!!!

suka~suka~
hikhikhik
insya'llah ak xder lah tahap mngade~ngade taik kude tu 
kn abg kn??
**ckit2 tu nak wat cmner suami ku,,,lumrah wanita mmg cmtu!!!!
 


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~kembali lag!!!!!!!


 
mesti best!!! kan masterchef selebriti ni...
x sbr rasa nak nengok @_@ artis2 kita masak,,,=)
ak suka tngok rncngn ni coz masakan diorng cntik2
kreatif lah kn??bilo la gamaknyer ak leh masak ala~ala chef gtu???
wait n c(rosak bahasa))
akan bersiaran di kaca tv anda mulai 26 mei ni di astro ria~~
jooomm tengok ramai//**
**xsabar nk tngk jeehan miskin yg mocho tu cooking~coking...xixixixi

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!


 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tips Hubungan Perkahwinan

Berikut adalah sembilan perbuatan yang pasti akan memberi kebahagiaan pada perkahwinan anda

Mencintai antara satu sama lain. Jika anda mencintai pasangan anda dengan sepenuh hati, anda pasti akan lakukan apa sahaja demi pasangan anda. Anda juga pasti tidak akan menyakiti hati pasangan anda. Tunjukkan pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dia.

Bersikap romantik pada pasangan anda. Bersikap romantik boleh memberi seribu satu kesan yang positif pada diri anda dan pasangan anda. Sebelum berkahwin, anda tidak boleh terlalu romantik atas faktor aurat, muhrim dan sebagainya. Sekarang selepas bekahwin, gunakan lesen yang ada untuk bahagiakan diri anda dan pasangan anda.

Hormat pasangan anda sebagai teman hidup . Walaupun anda ketua keluarga atau suami, anda tidak ada kebenaran untuk membuli pasangan anda. Anda perlu hormat pasangan anda sebagai teman hidup. Isteri hormat suami dan suami hormat isteri. Indahnya hubungan jika saling menghormati.perkahwinan

Jangan bercakap sesuatu yang buruk kepada pasangan anda. Jika anda hendak katakana sesuatu yang boleh mengguris pasangan anda, lebih baik anda diam sahaja. Katakan yang baik – baik sahaja pada pasangan anda. Puji memuji adalah lebih baik dari maki memaki.

Sentiasa “give and take”. Jangan bertindak sombong dengan pasangan anda yang kononnnya anda tahu segalanya. Sentiasa berbincang dan bekerjasama dengan pasangan anda.

Menganggap seks adalah keseronokan. Jika pasangan anda inginkan hubungan seks, lakukan ia dengan gembira dan rela. Jangan anggap hubungan seks itu satu beban. Jika anda menolak, mungkin pasangan anda akan rasa kecil hati dan ia bakal menjarakkan hubungan anda berdua.

Memaafkan antara satu sama lain. Jangan marah pasangan anda. Sebaliknya maafkan dia dan bersama – sama memperbetulkan kesilapan lalu.

Berbuat baik pada pasangan anda. Jika pasangan anda lemah semangatnya, anda perlu membangkitkan semangatnya kembali. Sentiasa berbuat baik pada pasangan anda.

Sentiasa gembira dengan kehidupan semasa. Anda berkahwin kerana anda cintakan satu sama lain. Jadi, bergembiralah dengan kehidupan yang anda ada. Walaupun berbagai dugaan menimpa, anda perlu sentiasa bergembira dengan pasangan anda.

di petik:---suami mithali,isteri sejati,keluarga harmoni(fb)

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!



 
cht k??update ckit sblum i blk kg lg 2 hri^^ la~la~la
ok..i nk citer cikit pasaiii ank ngis mlm..msti korang ibu-ibu pernah lalui nyer kn?
teruk ngn tidak jekk..
ank2 i jnis yg x teruk allhamdulilah(^^)
klu nangis pun time diorng x cht @sakit ker@smethings la..klu di sampuk or whtever 
xpernah lg..(mnta jauhkn)
i selalu klu nk kuar umah tmbh2 lg nk g pasar mlm..waktu tu kan senja,,syaitan2 lepak2
so,,kita kena baca ayat kursi dekat ngn telinga ank kita..klu i dokong i baca
klu hubby i dokong dia baca,,kt cn ni mcm leh jdi...so kita kna berhati~hati sngt2..
n i bg tips ckit i baca dari persatuan ibu-ibu muda muslim boleh like d fb..
 
kaedah merawat anak menangis mlm...
 
bnyk kaedah yg di lakukn oleh Rasulullah s.a.w..di antaranya:-----



**AL-FATIHAH
**AYAT KURSI
**AYAT AN-NAS
**AYAT AL-FALAQ

 
kemudian hembuskan pada ubun-ubun ank ebanyak 3 kali..sekiranya ank-ank masih berterusan menangis
baca kn azan disebelah telinga kanan nya dan iqamah pada telinga kirinya
lakukan 1-3 kali..
insya' allah yakin lah pada allah s.w.t..
 

 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!


 
 

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~dedikasi buat my princess~:)


 
hai olzz!!!slm hujng mnggu..mlm ni bola..debaran terasa ttp ad w/pun lwn nyer sime darby jekk!!hrp2 piala fa k bumi kelantan lak thn ni..amin..)cbuk my hubby dok ajak p stadium..jom la bie,,jom la..eiiii xblh lg yunk oii buat nye little princess nk ****tidk k haruu!!!nnti ank kita besar bie ikut ekk,,,hri ni mud rasa nk tulis post ni ttg my princess la plak..msti smua gmbira n sonok sngt tngk prkmbngn ank2 kita kn??begtu lah ak,,kna sabar 100% nk mlyn si ank kecik ni..
 emm dah lama nk tulis entry ni..tp x jdik2 jgk..bukan pe nnti esk2 ank2 buka blog ummi ni xder pun citer kitaorng,,huhuhu..so, umi tulis lah ckit cerita korang ekk!!!
ni lah anugerah allah kepada kami yg x ternilai..buat ummi&abi..puteri sulung kami nur imani imtiyaz che saipullah..skrg ni sudah 2thn 9 bln,dah besar dah ank umi.tp ttp mnje~mnje lg..xpelah ikut umi la tu,umi kn mnja..mmg suk sngt bergaya..rmbut dari kecik smpai skrng suka ikat lawa2 xsuka serabut2 ni..klu x ikat d mnta iktkn,,kakak sngt matang skrng..myb dh ad adik awal,,sngt syng kn adik nyer.suka mngalah dngn adik nyer,,apa pun adik di utamakan..umi tegas kn dlm mndidik kamu,,bkn apa umi xnak kamu terikut2 dngn bdk2 skrng xnak dngr ayahibu..cukup tkut umi.melentur buluh biar dari rebungnyer..umi nk kamu berdisiplin,mkn+pakai+tido+main+tv biar berdisiplin..kamu berjaya anakku!!!
ni puteri kami k-2 nur iwani imtihal che saipullah skrng 1thn 5 bln..sekejap jer rasanye,,ank ak ni tombamm!!seorng yg pendiam.sgt ssh nk dngr ssuaranyer lg2 klu jmpa org yg x berapa kenaii,,pemalu!!kelakar lah kamu ni adik,,xixixi kecik2 dah pndai kntrol ayu,yg ni ak xpyh sngt nk ajar2 sbb dia terikut2 ngn kakak nyer,,senang kn!!so..bernak lah selalu klu ad rezeki..skrng ni dah pndai ckp2..
huhh!!mcm d bila melayan ragam si ank kecil ni..marah+stress+lucu+bahagia=itulah mnjadikn umi dewasa..

***pling ak suka si kakak ni selalu ucpkn 'terima kasih umi'klu d beri pe2 siap ngn nada sekali..saat tu bagai d awang-awangan..bahagia sekali..:P
emm ni jelah umi dedicate buat kamu yea!!klu nk cita smua 3 hri x hbis lg..pe pun umi bngga jdi ibu kalian
kamu mmg x mnyusahkn ibu mu ini..umi hrp sngt kamu ttp mcm ni smpai bila2..umi syg sngt kamu berdua..umi doakn juga kamu jadi ank yg solehah,,tetap iman,,dngr ckp umi abi,,bljr rajin2,,berakhlak mulia itu yg pling pnting,,,ok
*nnti bila besar nnti tnggl komen kt sini yea kakak n adik..
Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

TEMA~~~


 
hai!hello!hai...bertemu lg kita^_^
emm 1 week nk blk kg..so,ak knalah bli pe2 nk bwk blik ni?perkara pling pntng adalah bju raya**
hahaha awal betul kn? mmg lar nk tempah kt sana..nnti blik2 ni x siap..uwaaa,,,,sedey tau xder bju raya dah lah sekunk ni jhit bju kurung time ad events jerkk..emm thun ni ak mls nk fikir nk pilih kaler pe,,,pegi kedai tngk2 brkenan okeyyy teruss..thn ni ak bg hubby ak pilih kaler bju mlayu dia..n then bru pilih bju ank beranak..hah bru dia tau penat nk pilih kain ni kn??kami suka shoppng kt kamdar jer..x tau la nape..klu g jakel k entah rasa x selesa..langsir k ape k,,mmg kt ctu lah pilihan kami skeluarga termsuk ma ak,,huhuhuh.^^
ok x warna ni??tanya abi...hah tu plhan kami yg k-2 sbb grey nk purple ckit dah hbis stok..so,,jmpa yg ni grey kebiruan ckit..mmg lah kami awal2 nk warna grey tp ak dah pkai masa weadding my bro hri tu..mls r nk sama...ok x?
nnti kita org fikir kejap yea abi,,cbuk sekali my princess dok bincang..blh k dik??klu kakak nk warna pink ajer..thn lps kn dah ikut warna feberet kakak,,thn ni abi,,thn depan adik lak..umi xper asal bju ummi mhl..hahaha...

 adik setuju!!!my ceewi dah angkt tngn tnda setuju dah tu..gud girl!!kakak ikut adik jer...pilih kain smpai tertido atas bahu abi si adik tu..klu bg kasut hbis 1 kamdar tu dia ronda..rela dokong walau berat berkilo-kilo yunk oiii!!!
ni lah bju raya kito org..atas tu my princess punyer!!tngh tu abi unyer!!bwh sekali tu ummi unyer..thn ni buat kain kosong..nk belajar jht manik..blink2 gtu~~x surprises dah la tema kmi kn??xpelah itu x pnting yg pnting mnunggu ketibaan ramadhan bulan kemulian tu...ak brharap bln ramadhan kali ini lbh baik dri thn lps,,,dan ak berhrp yg ak d pnjngkn umur untuk bertemu nya,,,amin:))

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~Demam~~:((




 
wak pe petang2 hri ni??
hrini ak releks ckit..^^ 
my little doter dah cht hri ni,,blh main2,,lari2
allhamdulilah x melarat sngt
ni first time dia dmm kuat ckit..biasa just panas kepala..mkn juga
ni langsung x nak,,ak masak mknn kgemaan pun xnak(bihun sayur air)
klu cht tu bkn main suka lg~~,,,ni rasa ckit jekk..amek hti ummi kot..
xpelah anakku umi tahu dik xder selera,,xper kita bgi pada yg berselera kakak kita tuuu!!
satu lg yg my cewiii xsuka>"cool fever"melalak bla ak nk lekatkn kt kpalanyer
mmg ler sbb dar kecik ak x ernah tempek pun kt dahi dia..mngkin xselesa kot.ada bnda kt dahi tu
tp nak buat mcm mana kenalah letak jugak sbb tu beli nnti rugi,,klinik bg tu ,,
hri tu pernah terdengar doktor kata cool fever x mmbntu sngt..

tula gaya nyer bilaak "tempek" benda tu..
skrg2 nyer lega ckit sakit kepala kn?(fikir ak)
coz bnda tu mcm ber~angin-angin ckit...
hah!!ak lbh suka guna cra ni..buat air asam jawa pekat2 pastu amek tisu basah 
celup dlm air asam tu letak kt ubun-ubun nyer..
dua2 ank ak serasi ngn air asam ni..bkn pe bnda tu jer ad kt cni..nk cri daun rambutan k,,bunga melur k
mana ad..kt kg sng jer..buka pintu jer ad daun bnga raya...kn?kn?kn?
allhamdulilah hri ni x panas lg badan nyer..tp manje~~ still a lg
syg kamu berbukit-bukit adik...
***terima kasih bnyk2 dik w/pun kamu x siht tp kamu kuat,,x bnyk ragam..
hrp2 sampai bila2 kamu kuat yea!!!!
p/s satu lg amalan ku bila ank kita demam selalu kita baca-bacakn ayt kursi dekat telinga dia,,3kul
biar syaitan2 tu x gnggu ank2 kita,,,,amin..insya 'allah..
sekian kali ini..
~~menghitung hari lg seminggu n blk kg~~
la~la~la~~suka nya..





Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~oh TEMPLATES,,,templates..

morning olzz!!
susahnyer ak nk buat templates sndiri ni kan..
sorry morry la tempates x cntik ni..
nnti alu edit balik ok
tp klu korang nk buat templates sndiri korang g k
sini dotemplates.com..
ak dah fening dah..
sbb nyer belajar ngan rakan blogger yg baik hati ni..
thanks for allsss!!!
jasa korang hanyalah allah mampu mmbls nyer!!
bye2..

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~@l-kisahnyer~~

salam.kasih syg olzzz!!!
cht ker?udah mkn ke belum??ak x msk lg hri ni mud:>'malas' lg coz 2 hri cti ni..huahua(@_@) dok mnyeru hoi..hoi..mud rajin da..tanglah!!t/hari tdi kita orng mkn nasi ayam jer rasa-rasanyer ptng ni ak msak hubbby ak decide nk mkn ayam masak merah~~insya allah..emmm dlm dok cbuk mngemas umah tdi tetiba~trkenang2 memori indah kenaii ngn my hubby..mngemas pun blh berkhayal2..nk buat cmner tabiat dri kecik lg..xixixixi
ni zmn muda~muda dulu**

lalalala~~sungguh cute ^^++comelll suamiku,,,dulu..hahaha sekunk ni elemen2 tu dah di ambil oleh anak2 nyer..xpelah kamu totap cuter di hatiku usshuk-usshuuk..kaulah bintangku ***** hatiku.pic kt atas tu zmn kita orng masa tunang.oh terlebih pose lak(sorryyy!!)emm jodoh kitaorng d tmpt keja..kenal hmpir 4 bln pastu couple2 lah ckit..dngn tel lah kitaorng "in love"..ohh sungguh indah waktu itu..bil2 melamung2 pun xper..2 bln kemudian keluarga hubby  dtng merisik n 1 mnggu lps tu kitaorng tunang..express kn?so,persiapan kami  1 week je.allhamdulilah semuanyer berjln lncar..jdi kitaorg tunang 19 julai 2008
3 bln kemudian 24102008 ak sah jdi miliknyer,...(^_^)..
hah!kt cni la titik-titik(.....)pertemuan kami dalam kem latihan khidmat negara..ak tlh menamatkn khidmatku sebagai pegawai kesatria s27 dngn jayanyer(dlm sijil tulis cmtu!!) pada 1 mac 2010..demi khidmat ku pada suami dan ank2 ku tercinta..huhuhu rindunyer ak zman itu..ak tlh berkhidmat d 4 buah kem plkn ni..kem first ak kt etnobotani gua musang..masa tu umur bru 22 tahun..eeiii teramat muda tuk mndidik ank bngsa.tp allhamdulilah ak berjaya!!kem k-2 lak d kisana beach resort pasir puteh,,tmpt pertemuan kami berdua(kem kenangan)..kem k-3 agro setiu,,t'ganu(masa tu pregnant my first doter) bnyk dugaan dan cabaran..namun ak ttp sabar~~kem terakhir kem 4 kem bidor,perak..(my doter 3bln d kg) x sangguppp!!ak rinduuuu sngt smpai x blh keje..jdi ak amek keputusan tuk berundur ajer..bila ak ikut hubby ak kt cni ak ad jugak keje mngajar d hira' s.alam..1 thn jer.hubby kna pindah lak..so,kali k-2 stop keje..last2 sampai skrng ak suri ram dlm tmn hubby ak..
w/pun ak x keje ak bahagia mnjaga ank2 ak full..allhamdulilah jgk ak cukup=makan+minum+jln2+sosial(fb,blog,jiran2 tanpa had smpadan)dari 1 thn k setahn rezeki kami ank beranak bertmbah baik....allhamdulilah..syukur yg teramat..dan ak rasa keputusan ku untuk berhenti keje adalah pilihan yg terbaik..^^
first time smbt raya bersama~~
 **udah-udah ler berangannyer~~ ayam masak merah tu jdi ko idok nyer??
     $$ kena stop dulu la nk masak dulu..kn derhaka somi lak..x msk mknn kegemaran nyer...
     la~la~la~~ nk berangan kt dapur lak..(^_^)..




Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

"t@k t@u n@k k@t@ @p@"

salam olzz:((
1 hari ni ak dok fikir 1 perkara jekk
budak2 zaman sekarang yg x berapa pentingkn n minat nk baca Quran..ni
nape yea???      tp
mcm mana pula peranan s ibu ayah????
nasihat ku pada semua ibu juga ingatn padaku 
penuhi lah dada ank2 kita dngn ayat2 quran..
klu kita  sakit nnti kita x mintak gelang ke/tanah/kerata/sofa+++
kita nk dngr ayat2 suci allah jer..
dah klu ank2 kita x blh mmbaca al quran 
sape nk baca?
upah orng..klu ad duit..klu xder duit
alah kita pasang cd ngaji jer..
baguihh la tu!!!
ni lah pngalaman sebagai guru ngaji..
bdk2 sekrg xberapa like nk mngaji @@
 



Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

**AKU KAGUMM** ^^

SALAM OLZZZ!! 
mud pepagi buta..:))
esk myb xdan nak coret2  kn?
weekend ##@@$$
mnggu lps kita org p putrajaya
pusing2 d ptng hari saje nk tngk warga kota yg berpusu-pusu kt taman putra tu
best kn:))
kt cni lah my scnd doter tu lahir
wah!!!hospital putrajaya..
apa yg ak suk sngt kt cni betapa uniknyer bngunn+susunan+reka bentuk
ak kgum lah jdi ank malaysia ni..
klu uolzz ad klpngn jemput2 lah k cni
putrajaya


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

nk bgtau

 salam semua!!!!
dah mnum ptg ke?
ak blum lg tnggu ank2 bngun tido nak solangkarrr dapur ummi..
ni hah!! satu lg sales..sales.. tuk korang ler~~
i x berapa minat k cni bb nyer nk parking ssh n then ramai sngt makhluk allah d cni..
emm dah blh mula shopping raya ni..beli ckit2 xslh..kn??
jom ramai-ramai kita serang "sogo"
pastu leh mkn chiken chop kg baru..
mkn lg~~~^^

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

~surat cintaaa...~~

~surat cinta dari ALLAH utk kita semua~~
 salam sayang semua!!!!^^/p
pernah dapat surat cinta~??ooo..xpernah,,hah pernah dulu~dulu..tnpa kita sedari kita mndpt surat cinta dari pngirim yg amat istimewa..from:YA ALLAH S.W.T..sejak mula kita bertamu di rahim ibu kita,kita sering kali di dengari ayat~Ayat cinta yg selalu ibu kita baca..oohh!!sungguh syahdu nyer..

emmm~~seronok kan klu dpt surat cinta lbh2 lg dri orng yg kita syg.nk kongsi ckit pngalmn dari kebesaran kitab suci ~al-quran nul karim ni..dari i mngndng+bersalin+membsr++..ank2
masa ngndung yg first i ngn suami pjj(perkahwinan jarak jauh)huhuhu..sedihnyer usah di cakap+d cerita lah. ni lah peneman i d kala kerinduan dtng bertamu..mana idaknyer pertama kali ngndung xder pngalaman dngn mabuk teruk duk dlm kem xde family huhuhu rasa x nk ingt dah waktu tu..sedih sngt.mkn x blh,moody,x cht nyer..aduhai

tp tulh pnglaman ni ckgu plng berkesan lah tuk jadikan kita strong,tabah dan yakin..ykin allah ad bersama  kita ==walau pepun semuanyer slmt.dan allhamdulilah ank2 i membesar dngn cht n cerdas..itulah kuasa surat cinta dari ALLAH untuk i.:)


 tngok tu omputih pun berminat nk tngk surat cinta..
allhamdulilah ank2 i jgk bermnt ngn ayat~ayat cinta dari penciptanya
kakak tu dah blh baca aliff,ba,ta-yaa..ikut ngn kita lah
minatnye bebudak pada kitabsurat cinta ni..
kita????
pernah kah kita berulang2 mmbaca surat cinta dri allah berbanding
surat cinta sesama manusia..rasanya kita lbh gemar mnatap surat dri sesama hmba
dri menatap surat ni kan?kan?
'tepuk dada tnya hati'

amalkn lah membaca ayat~ayat cinta ni masa kita mngandug lg
insya allah
ank2 kita bkn tergolong d kalangan ank2 yg degil,hyperaktif,suka melawan
di iringi dngn doa dan tawakkal..
dari awal kehamilan hingga kita bersalin..klu blh selalu lah dengarkn ayat2 sci di dalam rumah kita
dunia sekarang semakin mencabar,,tiada kuasa yg blh mlawan cabaran tu kecuali panduan kita al.quran

amalkn surah luqman untuk kecerdasan otak ank kita
surah yusoff..moga mndapat zuriat penyejuk d mata
d akhir kehamilan banyk kn la mmbaca surah maryam
supaya di permudahkn kita bersalin..insya allah...


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

a,,b,,c,,

salam syg semu!!!!
mud::rajin mngupdate blog//
hri rajin sedunia kot..kui..kui..
suka x????
klu i mesti la suka..
ok sape2 yg suka @teringin nk mkn abc ni
blh la k seksyen 2 s.alam
dkt ngn uitm tu..
rege nyer murah jer rm 3.00
jamin puas hati...(^______^)

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

tanjung harapan

pernah dengar x name ni?
dulu i dngr citer di kenali jugak dngn nama tanjung gila..
xtau la nape??
ni tempat kesukaan i ngn hubby
muara ikan bakar..
view nyer yg menarik blh tngk kapal besar sambil mkn2
blh jgk dngr air kt bwh restoren ni..
sukalah..
restoren ni terletak kt pelabuhan klang..klu dari klang tu cari je lah 'tanjung harapan'
jngn cari tanjung gila lak..
kt cni ad mcm2 bkn sajer ikan bakar,,kita nk mkn apa pun blh
desert pun ad mcm2
air pun berjenis~jenis
n bg i masakan dia kra ok lah d area klang ni..
kt ctu lah pling best.xtau la selalu pergi 5,6 kali tu time kebulur
semua sedap kan!!!
emmm klu xsedap xkn orng ramai kt ctu
dah lah jauh d hujung tnjung nuunn...
ini pun sodaaapp!!!!

###sekali dua kala apa salah makan kt luar,,,
si somi2 pun bawak lah k tmpt gini ni 
biar si isteri tu snyum smpai k telingaaa(*__________*) ###


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute