Bahan-bahan
untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk
(gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi
ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti
gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat
kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan
kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara
penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan
ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga
kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur
bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan
esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada
beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan
berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam
mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya
(nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau
warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan
dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama
10-15minit atau sehingga masak.
**dengan tunjuk ajar dari cik tom ni,,hrp2 raya ni ad lah apam polkadot ni atas meja umahku,,sblum tu ak nk test dulu..when???($+$) wait n see...=)
0 komen disini:
Post a Comment