Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang
engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu
memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit,
sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja
makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu
saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan
separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah
menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di
ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya
sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat
sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan
Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas
makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi
benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana
terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali
kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada
masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan
mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan
perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan.
Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk
memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup
ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang
melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!
0 komen disini:
Post a Comment