Myprincess Diaries: KLIA...german :)

KLIA...german :)

         salam..                
ok sebelum tu korang baca ni.. 
                              
  KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seramai 28 pelajar Universiti Kuala Lumpur Institut Reka Bentuk Produk dan Pembuatan (UniKL Iprom) akan menjadi kumpulan perintis melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional selama sembilan bulan di Jerman.
Pengerusi UniKL, Datuk Dr. Adham Baba berkata, kumpulan pelajar tersebut merupakan kumpulan pertama yang dihantar bagi mendalami dan mempelajari teknologi Jerman sebagai nilai tambah mempertingkatkan kemahiran atau kepakaran masing-masing.
"Para pelajar yang terpilih akan menerima pendedahan antarabangsa bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dengan sijil profesional dalam kemahiran tertentu. Contohnya, mekanikal dan elektrikal, pengkhususan automotif, lokomotif dan teknologi landasan kereta api serta pembuatan perabut selepas tamat pengajian di Jerman nanti.

"Usaha ini juga selaras dengan seruan kerajaan yang ingin melahirkan modal insan sebagai usahawan berjaya dengan menggunakan kepakaran dan sumber sedia ada terutama daripada golongan bumiputera selain melonjakkan bidang pendidikan negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sijil kepada pelajar tersebut sempena Majlis Graduasi Peringkat Asasi Industri Master Craftman Antarabangsa (Imac) Jerman di sini hari ini.
Kesemua mereka yang terpilih tersebut merupakan bekas pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) yang cemerlang peringkat sijil dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional dan mengikuti Program Imac selama empat bulan di UniKL Iprom sebelum ke Jerman malam esok.
Program Imac merupakan program perintis usahasama Bahagian Kemahiran Teknikal Mara dan UniKL Iprom serta ditaja Mara sepenuhnya.
Sementara itu, ketua kumpulan pelajar tersebut, Mohamad Ridhwan Shah Mamat, 21, berkata, pemilihannya untuk melanjutkan pelajaran di Jerman disifatkan sebagai peluang keemasan.
"Walaupun hanya melanjutkan pengajian di peringkat sijil, namun kami akan buktikan kepada semua rakyat Malaysia bahawa dengan kemahiran antarabangsa yang kami perolehi, kami mampu membantu memaju dan membangunkan bidang perindustrian di negara kita,” katanya.
Dalam pada itu, Darwati Atan, 24, yang merupakan salah seorang daripada dua pelajar perempuan terpilih berasa bertuah kerana dapat melanjutkan pelajaran di Jerman yang memberi peluang kepadanya mempelajari teknologi negara itu sebelum dibawa balik ke negara ini. sumber
 
 
dan  seorang lagi pelajar perempuan tu adalah my kazen..dulu ai pernah cerita
kt cini entry ni :)
 
allhamulilah my kazen dah selamat berlepas pada 15/02/2013 lepas..
dia kt sana lbh kurang 9 bulan..hikhik
seronok la dia kan muda2 lagi dah kenal tempat orng
ai setakat luar negara pi 'siam' tu jek la
huhuhu
tunggu bigboss kayoo baru leh gi luar negaro..
 
 
 bergambar dulu sebelum berlepas  :P
 
bersama ayah ibu tercinta..:)

 suasana sedih bila part ni..yelah ank bongsu pempuan dlm femili
dok sorang2 lak tu kt tmpt orng..nunnn jauh di sanaaaaa

 
  nilah mykazen tu
belajar rajin2 kt sana..
pelihara agama kita..jngn lupa adab kita orng melayu..

kt sana sekarang musim sejuk..alolo dapat la kamu main salji iyo..
x tahan katanyer...
xpelah kita kt sana tuk belajar,,sambil2 blh kenal2 tempat orng
 
 ###mud ;; berangan nk gi korea gtu...:)...
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

0 komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute