![]()  | 
| sumber::gugel | 

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 
24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam 
tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam 
keadaan tidur.
“Malam tadi selepas semua tetamu yang 
mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur
 tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di 
HTAA, hari ini.
Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.
Nina Suraya berkata, pihak hospital 
menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya,
 namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.
“Saya harap semuanya baik dan jika 
dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun 
berada dalam keadaan lemah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis 
Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 
24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 
31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.
 ada 15 Februari lalu, bapa kepada bayi 
itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang
 bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh 
mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.
BACA: Video Klip Pembantu Rumah Indon Lambung Anak Di Kuantan
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu 
menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa 
minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.
Pembantu rumah berkenaan ditahan pada hari yang sama. – BERNAMA
Majikan negara ini diingatkan agar mengambil pembantu rumah asing menggunakan saluran yang sah bagi mengelak kes deraan terhadap anak-anak majikan berulang, kata Duta Besar Indonesia Herman Prayitno.
Herman hari ini juga mengesahkan pembantu rumah Yuliana yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam kerana mendera bayi majikannya yang berusia empat bulan diambil majikan berkenaan secara tidak sah.
"Inilah natijahnya jika mengambil pembantu rumah asing tanpa saluran yang sah. Ianya patut menjadi pengajaran agar majikan lebih berhati-hati di masa depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -SH sumber








“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Ra’d, 13: 29)

Rozimah Zie
Menpunyai 2 Princess
Doa murah rezeki :)




0 komen disini:
Post a Comment