Myprincess Diaries: BERHATI-HATI !!!

BERHATI-HATI !!!

 
sebelum kita mkn/pakai/beli search dulu kt gugel tnya kawan...sekarang senang info di hujung jari jek..berhati-hati dalam memilih produk :P

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 41 item pelbagai jenis vitamin C yang tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM65,100 di sebuah rumah di Taman Lati di Pasir Mas, semalam. Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 9.30 pagi dipercayai menjual dan mengedar produk itu.
Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini produk yang dirampas itu adalah jenis pengambilan suntikan untuk vitamin C jenis Vial Vitamin C, Glutathione dan hormon yang dipercayai diimport dari Thailand, Itali dan Taiwan.
Katanya, suspek didapati berurusan dengan pelanggan melalui laman sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk mempromosikan produk itu.
Ahmad Razin berkata, jualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Gejala pengambilan vitamin C secara berlebihan dalam jangka panjang ialah meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak dan penyakit ginjal sehingga boleh menyebabkan kematian.
"Pengambilan berlebihan juga akan menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram," katanya. - BERNAMA

 
 
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

0 komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute