sebelum kita mkn/pakai/beli search dulu kt gugel tnya kawan...sekarang senang info di hujung jari jek..berhati-hati dalam memilih produk :P 
        KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 41 item pelbagai
 jenis vitamin C yang tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM65,100 di 
sebuah rumah di Taman Lati di Pasir Mas, semalam. 
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata seorang 
lelaki tempatan berumur 29 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 9.30 
pagi dipercayai menjual dan mengedar produk itu.
Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini produk yang 
dirampas itu adalah jenis pengambilan suntikan untuk vitamin C jenis 
Vial Vitamin C, Glutathione dan hormon yang dipercayai diimport dari 
Thailand, Itali dan Taiwan.
Katanya, suspek didapati berurusan dengan pelanggan melalui laman
 sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk mempromosikan produk 
itu.
Ahmad Razin berkata, jualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar 
adalah kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan 
Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta 
Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak
 lebih tiga tahun.
Gejala pengambilan vitamin C secara berlebihan dalam jangka 
panjang ialah meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak dan 
penyakit ginjal sehingga boleh menyebabkan kematian.
"Pengambilan berlebihan juga akan menyebabkan kematian terutama 
apabila diambil melebihi 833 gram bagi dewasa yang mempunyai berat badan
 70 kilogram," katanya. - BERNAMA
      
 
 
 

 
Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!