~COKLAT OH COKLAT!!!~~ ni mmg kegemaran ak..blh hilangkn stress,,keenakan nya membuai perasaan n naluri ku..eceh,,eceehh,,,,ni satu lg impian ku,yg ni mmg nekad dlm hati nk buat lps school holiday ni,ak dah tau mana nk dapat coklat ni,,cmner nk buat,,ak dah tau..yahoooo!!!tq to blog mummy humaira(my sweet story) yg sudi merealisasikan impian ku...hanya allah mmpu mmbalas jasa korang semua..
ni resepi nya
Resepi Coklat Homemade Bahan-Bahan
1) Coklat compound.
Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate),
coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)
2) Bahan-bahan yang
anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda – kismis,
almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.
Nota tambahan :
Terdapat beberapa
jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand
yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.
Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade
Anda juga perlu
menyediakan peralatan seperti berikut :
1) Coklat mould.
Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros,
dan sebagainya.
2) Piping untuk
memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda
masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.
Resepi Coklat Homemade Cara-Caranya
1) Sebelum anda dapat menggunakan
coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu.
Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam
satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang
mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda
mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat
cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam
mould satu persatu.
3) Jika anda ingin
meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat.
Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras
sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja
memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti
ais.
5) Kini, coklat
homemade anda telah siap !
Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat
membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini,
pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.
Resepi coklat..sedap,cepat,mudah…
step nyer
untuk buat coklat ni rupa~rupanya kita kena guna coklat compound coklat ni di jual kt kedai2 kek..ak selalu k bangi so apalagi boleh bli kt sana,,
masukkan intinya...
ta..raaa dah siap,,,mesti sodap kn?? aku mesti cuba!!!chayokk!chayokk!!
2 komen disini:
LEH wat bisnes nanti mah...:)
insya'allah yah klu ad rezeki mah nnti..:P
Post a Comment