Myprincess Diaries: :: masalah sy time preggy ::

:: masalah sy time preggy ::

 
masalah yg zie hadapi masa peknen..
tapi tahap ringan..(9.5-10.5)
harap2 lps ni klu ad  rezeki peknen xder lah masalah..
 
Masalah kekurangan Hb (Hb Low) atau lebih dikenali sebagai anemia boleh membahayakan nyawa sekiranya dibiarkan berlarutan terutamanya bagi ibu hamil.

Berikut saya kongsikan tahap anemia ya untuk rujukan semua:

< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9- 8.0: TERUK
8.0-9.5: SEDERHANA
9.5-10.5: RINGAN

Anda jangan memandang ringan ya mengenai kiraan Hb ini terutamanya jika anda sedang hamil.

Masalah Hb Rendah @ Anemia ialah di mana badan kekurangan Hemoglobin (Hb) di dala darah. Hb tersangat penting untuk mengangkut Oksigen dan Zat Makanan ke seluruh badan.

Apakah Tanda Anda Kekurangan Hb??

* Cepat merasa letih dan sering pitam
* Kelihatan Pucat
* Sukar Bernafas/ Sesak Nafas
* Sering merasa loya
* Sering merasa berdebar --- kadar degupan jantung laju
* Mudah pening dan sakit kepala
* Mudah lupa

Apakah Punca Anemia@Hb low??

♥ Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
♥ Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
♥ Menghidapi Thalassemia

Masalah anemia atau kekurangan Hb ini Tersangat BAHAYA kepada Ibu dan Bayi dan tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan berikut:

Kesan Kepada Ibu:
* Boleh mengalami tumpah darah
* Tekanan darah tinggi (pre-eklampsia)
* Keguguran
* Kematian

Kesan Kepada Bayi di Dalam Kandungan:
* Kematian Janin
* Kelahiran bayi tidak cukup bulan
* Kelahiran bayi yg kurang berat badan


TIPS MENGATASI MASALAH Hb RENDAH:
1. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
2. Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
3. Elakkan dari mengambil Zat BEsi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum
4. Ambil 2 biji Vitalea setiap hari
5. Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.

Oleh itu, bagi mama yg sedang hamil, sangat-sangat dicadangkan Set Kehamilan kombinasi suplemen Shaklee....anda boleh ke link ini untuk info lanjut http://mylittleyaya.blogspot.com/2012/11/set-kehamilan-permulaan-yang-hebat-buat.html


Credit: rahsiavitamin.com

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

0 komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute