Myprincess Diaries: ~ramadhan 2012--~~
Showing posts with label ~ramadhan 2012--~~. Show all posts
Showing posts with label ~ramadhan 2012--~~. Show all posts

Puding Roti Istimewa ^_^

 
salam ramadhan..
 
puding roti istimewa..hehe..
sempat buat untuk dessert ifar semalam..sebelum ni zie buat versi kukus kali ni try versi bakar pulak..
boleh tahan jugak..ank2 pun suka,kalau beli kat kedai tak makan bila mak dia buat beriya pulak makan..
air tangan mak la katakan...
 
zie amek resepi ini kat blog ni klik sini
 
 
 sebelum di bakar..hehe buruk nyer rupe..

 dah siap dah...^_^

 boleh di hidangkan bersama sos kastad..jeng..jeng..


inilah hasil nya...
jngan meleleh air liur tu dah ler..ek..kang tak pasai batal pose..;)



:: selamat mencuba & selamat berbuka ::

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: Restoren BUBU IKAN BAKAR ::

 
 
Salam ramadhan semua..mmg bulan pose ni lemau jer kan nk up entry..seyes idea pun beku ++ no mud..
 
hari sabtu lpas berkesempatan berbuka di luar..sekali-sekala ubah angin..hehe
pilihan pertama kami pada mulanya nk makan mkann indon di wang solo seksyen 7 s.alam..tak der rezeki kami dah full...huhu
so kami terjah jer la masakan ala kampung di sini 
V
V
V

 berhadapan dngn restoren wong solo tu..kiranya belakang jakel s.alam...

allhamdulilah settle bab booking tempat..restoren ni mnyediakan ala buffet sempena ramadhan ni..ofkos la mknn nya ala kampung..''keunggulan masakan warisan''
untuk 1 orng rm35..bolehla kan kanak 12 tahun ke atas baru kena byr..eh..eh..lupa la sbb ank2 tak kena
myb 1/2 harga kot..hehe

bagi zie mknn kat cini okey lah jugak tekak ni boleh tahan..padan lah dngn rege nya..
antara masakan yg ada kt sini.
.patin masak tempoyak(hubby kata best),masak lemak cili api ikan keli,kari ikan,gulai ayam,asam pedas ikan,lala goreng pedas,sayur-sayuran,gulai kawah,ulam-ulaman,sambal2,ayam goreng,bergedil,sotong sumbat,telur dadar,3,4 jenis ikan bakar,dan kegemeran aku ketam cili dan sambal udng..dessert...kek coklat moist,puding blueberry best,buah2..
air teh o ais,lai chi kang,tembikai,cendol,air kosong..haha..nk order air lain pun boleh (byr sndiri la yea)
menu lain..char kue teaw..meehon sup..
mungkin ad yg tertinggl kot maap la yea..
 
 

ketam goreng cili..suka ketam dia fresh ^_^

kalau korang tak tau nak capai apa2 hah sila tangok pada tag kuning dah ada tulis..tmpat kita nk cari apa..hehe
 

 
pencuci mulut..tu la puding blueberry tu..zie rasa lebih pada dadih..lembik jer tu..apa pun sejuk jer telan sodap ! kat atas tu 2,3 kali dok ulang amek kek coklat tu si adik suka kek tu..

antara hasil rembatan kami..mkn nasik cikit jer tau..mkn lauk bnyk2 hehe..
hah ! lagi 1 menu ayam percik dia hubby kata sedap..;)


apa2 pun bagi diorng kenyang dulu baru leh berbuka dngn aman..hehe..
itu jer picas yg sempat di snap..tu pun segan silu nk snap..maklumlah orng ramai..;P

saper yg suka makanan ala kampung boleh la ke sini..belakang jakel,,seksyen 7 s.alam...in sha allah menepati cita rasa..^_^


Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Asam pedas versi kelantan

 
 
salam ramdhan yg penuh baraqah..mendung jer hari ini,,buat keje pun slow2 jer..hehe..
 
tengah dok fikir nak masak apa untuk berbuka hari ini..
masih gigih masak sendiri dari dok beli kat bazar..rajin kan? hahaha .. kuih pun buat sendiri..
senyum lebar myhb bini dia rajin masak.. bila petang pergi jugak ke bazar sesaje nk meramai2 kt  bazar tu
smalam masak bertemakan ikan talapia...moh mkan ikan ler kita,hayam kan mahal..sib baik ikan talapia tak berbua hanyir..kekadang ad yg terkena  tak boleh makan..zie mmg cuci kaw2 punya..rendam air gandum + asam keping..
 
smlm masak ikan talapia asam pedas versi kelantan & ikan talapia bakar cicah air asam
pnjng kan nama resepi..kihkih..

zie nak kongsikan resepi asam pedas tu..khas untuk my kazen yg dok German tu..
klu lupa nk masak boleh rujuk cini..okiesss cik da..


bahan untuk 1 ekor ikan talapia..

1. 3 biji bawang merah
2. 2 biji bawang putih
3. 1 inci kunyit hidup
4. 2 inci lengkuas
5. 5 tangkai cili padi (nak pedas lagi tmbh lagi )
semua bahan2 di atas di belender lumat2
6. daun kesum
7. 3 keping asam keping
8. garam + perasa..

cara nya
1.masuk kan bahan2yg di blender  dlm periuk(tak payah tumis)  masukkan ikan dan juga semua bahan 6,7,8
masak di atas api perlahan.
2. masuk kan segelas air biar kn sebati dngn bhan2 blender tadi (haha ayat tunggang langgang)
3. bila ikan dah masak bau pun dah naik boleh tmbh lagi air..jgn bnyk sngt nnti kuah cair..yg sedang2 sajer..
faham yer.. :P :P

jemput2 bilis kesukaan myprincess..

selamat mencuba & slmt berbuka..

## picas by hp cap hayam..sabtu ni baru nk gi servis mynikon..;)
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Dugaan bulan puasa ;(


 

 
hari ke -7 kita berpuasa..allhamdulilah masih di beri kesihatan untuk berpuasa..
dugaan bulan pose adess 'gastrik'..
2,3 hari lpas sakit main2 jer blh tahan lagi..semalam mmg betul2 kemuncak !!
lpas buka pose tu zie amek gaviscon tu rasa okey cikit..allhamdulilah tak melarat..
sekali bila dah bngun sahur tu rasa peyut ni dah lain macam..nape sakit semacam ni...
tahan jugak nak makan sahur ni..mkn nasi 2,3 suap..pastu minum air panas..rileks jap minum lagi gaviscon tu.
 huhu bertambah2 sakit..duduk tak kena,,nak landing sngt2 tak selesa..
myhb tolong urut2..pedih sngt rasa perut ni..nk nangess rasa...T_T
last2 keluar habis mknn yg sahur tadi..
fuhhh lega yg amat...
 
'' siang hari xder masalah tak sakit bila dah masuk mknn tu mula lah rasa pedih perut tu..klau bukan bulan puasa pun makan kena ikut time xboleh perut kosong..lmbt cikit jer..cm ni lah..
kalau zaman ank dara dulu siap amek injection lagi..tak tahan...
harap 2,3 hari lagi mypeyut ku dah biasa dngn rutin berpuasa..amin..
 
Allah bagi kita dugaan sbb sayang kt kita..amin..
 
Tanda-tanda umum Gastrik
  1. Perut terasa kembung membulat terutama di bahagian atas (bloating) selepas makan, meskipun hanya makan dalam jumlah yang sedikit
  2. Sendawa berterusan
  3. Terasa ‘sakit mencucuk’ pada bahagian atas perut (epigastric)
  4. Nausea selepas makan (rasa mual)
  5. Muntah (sehingga habis semua isi perut yang keluar, sampai satu tahap yang keluar itu hanya angin dan cecair berwarna hijau/kuning)
  6. Hilang selera makan
  7. Jika terlalu kronik, pengidap akan mengalami penurunan berat badan yang tidak diingini

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: Menu berbuka yang simple ;) ::

 
Orng lain cibuk dok kongsi resepi zie pulak dok kongsi menu..hehe..malu la nk kongsi resepi sbb masakan simple2 jer..korang pun dah tahu..
semalam menu berbuka kami yg simple..
 
 ikan bawal masak kicap kesukaan myprincess

 daging goreng yg simple resepi ayahnda tercenta..
klu balik kg mesti nk rasa abah masak daging goreng ni
zie masak,,, tak sama dngn abah..
rindu nk berbuka bersama..T_T

 pucuk paku goreng penuh nastolgia..hehe
yelah kalau kt kampung nk makan pucuk paku ni pergi belakang umah petik jer
nak celur buat ulam pun fresh2 lagi..
kat sini mau rm2 seikat yea !!
tu pun dah unfresh...;(

sekian menu saya sekeluarga...;)

:: Selamat Berbuka Muslimin & muslimat ::

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Menu berbuka 1 Ramadhan ;)

 
allhamdulilah masuk hari ke-2 kita berpuasa...
tak bnyak beza puasa tahun ni..sama ngn tahun2 lepas cuma azam zie tahun ni nak lbih memasak dari membeli hehe (harap tercapai !!)
my hb ni kalau sang isteri dia ni memasak senyum sampai telinga..
memang suka masakan isteri nya so sweet..hehe
tp klu dok ngadu2 ngn dia penat lah..itu la ini la..laju dia cakap kita beli jelah..
masalahnya bila ke bazar mula lah gaduh2 mnja nk beli apa?
feel weols bila ke bazar ni tak tau nk beli apa..
entahlah rasa tak selera..hehe
 
hehe intro yg pnjang..ni menu semalam yg zie masak..
 
 ketam goreng cili + telur..

sedap tau..haha puji diri sendiri..zie memang penggemar seafood ni tambah2 ketam ni mmg feberet la
my hb lak kata leceh mkn ketam ni lambat..kuah2 tu boleh la layan..
kalau korang nk resepi campak2 zie ni request kt cbox yea..haha (bajet pandai masak )
w/pun kita masak sndiri kekadang tak menepati selera tekak kita..tp smlm mmg Terbaekk la !!
 (sila uwekk!!)

sayur goreng cmpur..yg ni tak payah minta resepi pun tak per..korang memng dah pandai..:P

ayam + ikan bakar..
ni kegemaran ank2 mkn dngn kicap..
 
 

wah tembikai laici homemade..

hari ini tak tau nk masak apa lagi..rasanya ala kampung kot..hehe
ehem kata nak diet ahaks!!

~selamat berbuka semua :) ~

 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

Salam Ramdhan..

 
 
 
 
allhamdulilah masih di panjang kan umur berjumpa lagi dnganmu Ya ramdhan bulan yg penuh rahmat
esok umat islam dah mula puasa..so jngn ada yg nk skip2 yea..
 
 
 
 
jangan lupa niat puasa...
 
** kalau kecik2 dulu masa sahur tu sibuk belajar niat ngn abah..sweet memory ^_^
 
 
 
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

:: SEPULUH mlm terAKHIR ::

 Allhamdulilah kita tlh masuk d akhir ramadhan..bln kerahmatan bln seribu bln..moga kita semua mndapat keberkatan darinya..amin ya allah..
jom kita hayati kelebihan 10 mln terakhir....:)
 
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf:

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf:

  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

  • Murtad.

  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.

  • Datang haid atau nifas.

  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.

  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

  • Perkara yang harus dilakukan.

  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


  • Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

    :: 8 RAMADHAN..^_^ ::


    salam uols sumer!!
    pe citer semua..story la ckit..huhuhu
    dh lama x updet blog ni..sejak puasa ni langsung x updet kn..
    sorry!! my diaries~~namun hri2 i jenguk u tau..
    ~~8 RAMADHAN ~~
    seperti biasa sperti thn2 lps biasa dan bersederhana..:)
    cuma thn ni ramai tetamu dtng berkunjung d teratak sunyi hamba..
    tetamu ni kn pembawa rezeki tuk kita..amin..
     
    dan hari ni hari k-2 i jelajah bazar ramadhan setelah  8 hri berpuasa...
    thn rajin kot@ awal2 lg ni rajin pastu ??????
    hari ni i masak ikan bawal masam manis+ daging greng kicap
    sup tulang i beli jer..(senang gtuuu)
    klu pegi bazar i just beli air n kuih2 ckit jer,,

    kuih rya????
    setakat ni belum berjaya lg..hohohoho
    hubby i dah bgi warning awal lg x pyh buat la sian bie kn pnt kn..
    masalahnya semangat ku berkobar-kobar nk buat biskut sndiri
    bhn2 pun dah beli ckit2
    rugi la klu xbuat..:P

    apapun korang tunggu la klu ad 
    biskut2 tu muncul kt cni..
    heheheheheh :)))
    korang tlng support sekali yea!!!
    (abgpunjngnjemu2bgismngtyea!!!))
     

    Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥