Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama
berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran
bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat
pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih
penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak
kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana
meredakan tangisannya).
Berikut antara aktiviti
menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang
mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat
dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah
setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina
memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang
di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk
menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap
rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3.
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda
boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai
tahap kecerdasan tinggi.
Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan
hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4.
Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda
dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah
penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku
binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar
haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si
kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita
haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa
langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’
dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal
berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be
berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi
ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang
masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari
perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan
pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan.
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara
itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9.
Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma
muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.
10. Gunakan masa
menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian
badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata;
“Ibu nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan
akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali,
gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil
melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka
bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat
mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah
tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali.
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan
dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya
mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya
ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul
kembali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh
si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta
bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17.
Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh
makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak,
bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan
meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa
beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik,
cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia
membawa anda.
Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!