Myprincess Diaries: :: KELEBIHAN SOLAT TARAWIH ::

:: KELEBIHAN SOLAT TARAWIH ::

,,,,,
~solat sunat terawih  dan kelebihan nya...
 
Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.
Baginda bersabda:
orang mukmin keluar dosanya pada :

Malam pertama:
Seperti saat dia dilahirkan ibunya
Malam kedua:
Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
Malam ketiga:
Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.’

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.
Malam kelima:
Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam keenam:
Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)
Malam ketujuh:
Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.
Malam kelapan:
Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam
Malam kesembilan:
Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam
Malam kesepuluh:
Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:
Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:
Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:
Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:
Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:
Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:
Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga
Malam ketujuh belas:
Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas:
Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”
Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.
Malam kedua puluh:
Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.
Malam kedua puluh satu:
Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya
Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan..
Malam kedua puluh tiga:
Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga
Malam kedua puluh empat:
Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan
Malam kedua puluh lima:
Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur
Malam kedua puluh enam:
Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh:
Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga
Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.
Malam ketiga puluh:
Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.
 

Mekasih sudi baca^^ komen yea!!!

0 komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute